Malaysia memainkan peranan penting dalam mempromosi kestabilan dan keharmonian rantau Asia Tenggara, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau dan mengesahkan komitmen untuk memperhebatkan kerjasama komprehensif kedua-dua negara itu dalam mencapai matlamat bersama.
“Sebagai seorang pemimpin demokrasi di Asia Tenggara, Malaysia memainkan peranan penting dalam mempromosi kestabilan dan keharmonian rantau ini,” katanya menerusi ciapan di X malam tadi.
Sementara itu, dalam pertemuan bersama Blinken pada sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-12 semalam, Anwar turut menggesa Amarika Syarikat (AS) menghentikan kekejaman Israel dengan menggunakan pengaruhnya untuk melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu (PBB) 2735.
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 menggariskan cadangan tiga fasa oleh AS yang menggesa gencatan senjata.
Ia termasuk pembebasan tebusan, pertukaran tahanan warga Palestin dan pengunduran penuh tentera Israel dari gaza sera menggesa penyaluran bantuan kemanusiaan segera tanpa halangan dan pembinaan semula wilayah itu.
“Malaysia turut menyatakan penghargaan atas peranan penting AS membabitkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) 2735 terkait usul gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
“Pada masa sama, saya turut menggesa AS menggunakan pengaruhnya untuk memastikan resolusi ini segera dilaksanakan dan dipatuhi oleh Israel,” katanya seperti dipetik laporan Malaysia Gazette.
#TVPertiwi
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi