Indonesia sekat 3.7 juta laman sesawang judi dalam talian

Oleh : Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, Jumaat –  Sejumlah  3,796,902 akses kepada laman sesawang perjudian dalam  disekat Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha membanteras aktiviti haram dan mewujudkan internet yang lebih selamat untuk rakyatnya.

 

 

Tindakan sekatan itu dibuat bagi tempoh dari 17 Julai tahun lalu hingga  Rabu lalu oleh Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat negara itu.

 

 

Dalam satu kenyataan Kementerian berkenaan pihaknya juga telah menyekat 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.

 

 

Menterinya, Budi Arie Setiadi berkata tindakan itu adalah penting kerana terdapat keperluan untuk melindungi kumpulan yang terdedah, khususnya golongan muda daripada bahaya perjudian dalam talian.

 

 

Kementerian itu dengan kerjasama Bank Indonesia telah mengambil tindakan terhadap 573 akaun e-dompet yang dikaitkan dengan perjudian dan meminta Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (OJK) menyekat 7,599 akaun bank yang terlibat dalam aktiviti ini.

 

 

“Sekurang-kurangnya 21,000 kata kunci berkaitan perjudian telah dilaporkan kepada Google dan lebih 5,793 kepada Meta sebagai sebahagian daripada strategi kami,” tambahnya.

 

 

Terdahulu, CNN Indonesia pada Isnin melaporkan bahawa seorang bapa berusia 36 tahun di Jakarta Timur telah ditahan kerana menjual anaknya berusia 11 bulan dengan harga 15 juta rupiah (RM4,100) bagi membeli dua telefon bimbit baharu untuk kegunaan harian dan perjudian dalam talian.

 

 

Ibu kanak-kanak itu yang bekerja di Balikpapan, Kalimantan Timur memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung kes berkenaan baru-baru ini.

 

 

Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) mendedahkan bahawa transaksi perjudian dalam talian di republik itu mencecah 100 trilion rupiah (RM27.4 bilion) pada suku pertama tahun ini. – Sumber : BERNAMA

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Iklan : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

#Indonesia  #sekat  #lamansesawang #judi  #transakski  #aktivitiharam #rakyat 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pukul kepala murid dengan penyapu, bekas guru didenda RM90,000

Next Post

Lim: Enggan bayar pampasan, janji tol percuma jadi tol abadi

Related Posts