Isu Lynas: PH salah, BN betul – Wee Ka Siong

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung kehadiran syarikat perlombongan nadir bumi Australia, Lynas secara tidak langsung membuktikan bahawa tindakan Barisan Nasional (BN) adalah tepat, kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

 

Menurut Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, pembangkang yang mengkritik BN sebelum ini ibarat ‘menjilat ludah sendiri’ apabila membuat pusingan u dan bersetuju meneruskan idea yang diilhamkan kerajaan BN ketika itu.

 

“Nampaknya hari ini mereka terpaksa menjilat ludah sendiri, menelan segala fitnah dan kata-kata cacian yang mereka lemparkan kepada BN dulu. Suka tak suka, hari ini mereka terpaksa mengakui bahawa dulu mereka salah, BN betul.


 

“Saya tahu ini adalah kebenaran yang pahit untuk ditelan oleh Rafizi dan rakan-rakan. 

 

“Saya bukannya nak menyangkal mana-mana pihak dalam hal ini, cumannya saya nak mengingatkan tentang apa yang berlaku sebelum 2018 di mana rakan-rakan seperjuangan saya dalam MCA dan BN dikecam teruk dengan pelbagai tuduhan tidak berasas serta dipanah dengan fitnah bertalu-talu tanpa belas kasihan,” katanya.

 

Ka Siong berkata demikian menerusi video yang dimuatnaik di akaun Facebooknya ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Rafizi menerusi podcast “Yang Bakar Menteri” baru-baru ini.

 

Pada masa sama, beliau meminta supaya pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan dan mempersoalkan sama ada gabungan parti politik itu akan membuat permohonan maaf secara terbuka.

 

“YB Menteri, lain kali boleh tak YB semak dulu dengan kawan-kawan dan selaraskan fakta. Janganlah pusing-pusing, pening tahu,” tambahnya.

 

#TVPertiwi 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lawatan Tentera Laut China ke Pulau Pinang promisi semangat patriotik dan kebudayaan China

Next Post

PUTRA tuntut penjelasan agensi berkaitan kehadiran kapal latihan perang dan tentera PLA

Related Posts