Israel dakwa berjaya bunuh pengganti Nasrallah 

Oleh : Nur Arrish

 

BANGI, Rabu – Dua pengganti pemimpin Hizbvll4h, Sayyed Hasan Nasrallah didakwa terbunuh dalam serangan udara I5r4a3l pada Selasa lalu.

 

 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa kematian pengganti Nasrallah itu terbabit dalam tindakan tentera pengganas ketika meluaskan serangan darat terhadap kumpulan pejuang terbabit setelah divisyen tentera keempat dikerah ke bahagian selatan Lubnan.

 

 

Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant turut mendakwa, Hashem Safieddine yang dijangka menggantikan Hassan Nasrallah, mungkin telah “disingkirkan.”

 

 

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh jurucakap tentera rejim  Daniel Hagari yang memberitahu, Hashem Safieddine berada di ibu pejabat perisikan Hizb0llah semasa jet pejuang tentera rejim mengebomnya minggu lalu.

 

 

Hashem yang disebut-sebut sebagai pengganti Nasr4llah tidak diketahui keberadaannya sejak peningkatan serangan rejim tentera di sempadan Lubnan.

 

 

Pada Selasa, dalam tempoh 24 jam,  serangan udara berat terhadap Hizbvllah, di selatan Lubnan dalam tempoh 24 jam sebelum ini membunuh sekurang-kurangnya 50 pejuang termasuk enam komander sektor dan pegawai wilayah.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

#Lubnan  #seranganudara  #Nasrallah ##HashemSafieddine 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekalan kembali pulih kerajaan kaji semula tamat subsidi telur A, B, C

Next Post

Kunjungan kapal latihan perang China: Jangan buat spekulasi – Exco Pelancongan P.Pinang

Related Posts