Saran PMX saman Bloomberg, Isham dipanggil polis

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memberi keterangan berhubung hantarannya di Facebook yang menyarankan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Bloomberg.

 

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Isham berkata, beliau akan berbuat demikian pada petang ini selepas dihubungi IPD Putrajaya.

 

“Petang nanti saya akan pergi ke IPD untuk beri keterangan.

 

“Keterangan saya ialah, saya telah sarankan PMX (Perdana Menteri) untuk saman Bloomberg kerana kenyataan Bloomberg tersebut adalah serius dan membawa implikasi yang besar.

 

“Jika kenyataan saya itu tidak benar ia amat memalukan institusi Perdana Menteri Malaysia dan menghakis keyakinan rakyat dan pelabur tentang  kesungguhan PMX untuk memerangi rasuah,” katanya.

 

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan Anwar telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya serta bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

 

Laporan media antarabangsa itu juga menyatakan terdapat arahan kepada SPRM untuk tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politik Anwar, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

 

Pada masa sama, laporan Bloomberg turut menyatakan Jabatan Perdana Menteri menafikan segala dakwaan tersebut.

 

Mengulas lanjut, Isham berkata, kenyataan Bloomkberg boleh menggambarkan bahawa usaha Anwar untuk memerangi rasuah hanyalah retorik semata-mata.

 

“Jika kenyataan Bloomberg itu tidak benar, ia adalah fitnah yang berat.

 

“Jika PMX terlalu sibuk untuk saman Bloomberg, saya lihat Peguam Negara juga boleh ambil tindakan ke atas Bloomberg mewakili kerajaan,” ujarnya.

 

Tambah beliau, saranan itu dibuat kerana kenyataan Bloomberg tersebut ditujukan kepada Anwar atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketua kerajaan Malaysia dan situasi ini mencemarkan negara.

 

“Peguam Negara boleh ambil tindakan ke atas Bloomberg di bawah Akta Komunikasi atau di bawah Kanun Keseksaan atas sebab fitnah jenayah.

 

“Bloomberg juga ada pejabat di Malaysia. Ini bukan kali pertama Bloomberg membuat kenyataan yang mencemarkan imej dan reputasi Perdana Menteri,” tambah beliau. 

 

#TVPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ahli Parlimen Pasir Gudang mohon kembalikan cuti hujung minggu Jumaat 

Next Post

Anwar nafi arah gugurkan, lepaskan Zahid dari kes rasuah

Related Posts