Semua raja Melayu perlu bersatu, kerjasama bantu permasalahan rakyat – Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – Foto FB Royal Selangor Office

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan semua Raja Melayu perlu ada kesatuan dan perpaduan yang utuh.

 

Titah baginda, raja-raja Melayu mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa saling membantu ketika berdepan apa jua permasalahan rakyat.

 

“Ini sangat penting kerana peranan raja-raja Melayu dalam menaungi kesejahteraan hidup rakyat kini melangkaui isu-isu agama, malah turut membabitkan isu semasa lain,” titah baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office semalam. 

 

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan kepada semua kerabat diraja supaya mempamerkan adab budaya yang baik ketika muncul di khalayak ramai atau di media sosial dengan menonjolkan pekerti mulia agar dihormati dan disayangi rakyat.

 

Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa isu-isu sensitif membabitkan sesama raja-raja Melayu dielakkan daripada dibincangkan di media sosial.

 

“Mengenai bola sepak, kesefahaman telah dicapai bahawa tidak akan ada lagi perselisihan dan pertelagahan yang boleh mengundang permusuhan sehingga membawa keganasan.

 

“Baginda menegaskan sekali lagi bahawa bola sepak adalah sukan rakyat yang telah sekian lama menyatupadukan masyarakat, justeru ia harus dipeliharan dan dikekalkan sebagai salah satu wadah keharmonian negara,” titah baginda.

 

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor, Kuala Lumpur pada 1 Oktober lepas. 

 

Perbincangan selama lebih satu jam itu membincangkan pelbagai isu yang melibatkan institusi diraja dan arena bola sepak tanah air.

 

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keberangkatan Tunku Mahkota Ismail untuk menghadap dan berasa suka cita dengan hasil pertemuan itu serta menerima baik isi kandungan warkah permohonan menghadap oleh Tunku Mahkota Ismail bertarikh 6 September lalu.

 

#TVPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Krisis Lubnan : Empat rakyat Malaysia berjaya pulang ke tanah air

Next Post

CEO MDEC bukan adik Fahmi, Isham kemas kini kenyataan

Related Posts