Minggu kelima solat Jumaat, jemaah teruja ‘imarah’ IOI City Mall

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Selepas empat minggu pelaksaan solat Jumaat di musalla pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya, acara mingguan itu terus mendapat sambutan pengunjung beragama Islam. 

 

Kaum muslimin dilihat berpusu-pusu mengunjungi musalla yang terletak di aras LG berhampiran Kedai Emas Poh Kong. 

 

Antara yang mengimarahkan musalla hari ini ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi yang sempat berkongsi pengalaman di laman Facebook. 

 

“Bagus juga kalau semua gedung yang besar di negara ini mendapatkan kebenaran pihak berkuasa agar kemudahan surau dibenarkan mengadakan solat Jumaat. 

 

“Hari ini khutbah Jumaat menyentuh isu GISB Holdings (GISBH). Khatib menjelaskan GISBH membawa ajaran sama dengan gerakan Al Arqam sebelumnya. 

 

“Mereka berpegang kepada Aurad Muhammadiah yang difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya. 

 

IOI City Mall hujung bulan lalu mengumumkan sedang mencari imam sepenuh masa bagi memimpin solat jemaah di musalla baharunya.

 

Peluang pekerjaan itu ditawarkan melalui platform pekerjaan, Jobstreet kepada mereka yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk memimpin solat jemaah.

 

Antara tugas yang perlu dilaksanakan imam terbabit adalah memimpin solat fardhu, solat sunat tarawih, solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat.

 

Imam berkenaan juga dikehendaki menguruskan program pendidikan agama termasuk kelas Al-Quran dan pengajian Islam selain menawarkan kaunseling rohani dan emosi kepada masyarakat. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

#solatjumaat #IOICityMall #PuadZarkashi #solat #setahunTaufanAlAqsa 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Larangan merokok dan vape di tempat kerja, makan, dobi, pusat hiburan mulai 1 Jan

Next Post

Rakyat Malaysia rugi RM54.03 bilion setahun akibat scam 

Related Posts