CEO MDEC bukan adik Fahmi, Isham kemas kini kenyataan

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mengemas kini kenyataannya yang mempersoalkan latar belakang Anuar Fariz Fadzil apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu mengesahkan beliau bukan adik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

 

Dalam kenyataan di Facebook, Isham bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang tuduhan atau fitnah terhadap kedua-dua individu terbabit sebaliknya hanya mempersoalkan identiti Anuar apabila namanya tular dan dikaitkan dengan Fahmi dalam aplikasi TikTok.

 

“Saya tanya sebab sejak semalam telah viral dan kecoh di TikTok yang kononnya adik Fahmi Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC, namun tidak ada apa-apa maklum balas dari Fahmi atau MDEC.

 

“Oleh itu, saya mahu penjelasan, sebab jika ia benar tidak bagus, dan jika tiada maklum balas maka orang akan percaya yang tidak betul,” kata beliau.

 

Menurut Isham, pengesahan itu diterimanya beberapa minit selepas memuat naik kenyataan tersebut yang mana beliau dimaklumkan bahawa Anuar merupakan anak kepada seorang kenalan.

 

“Anuar ialah anak kepada kawan kepada kawan saya. Dia bukan adik Fahmi Fadzil.

 

“Sebaik dapat makluman ini, saya pun kemas kini dan ubah kenyataan saya untuk makluman semua,” katanya.

 

Menurut Isham, beliau mendapat pengesahan itu selepas beberapa minit memuat naik kenyataan di Facebook 

 

Isham berkata, maklumat yang diterimanya mengesahkan bahawa Anuar bukan adik kepada Fahmi dan beliau telah mengemaskini kenyataan yang dimuat naik untuk makluman semua.

 

Terdahulu, Anuar dalam laporan di New Straits Times (NST) mengesahkan bahawa beliau bukan adik kepada Fahmi.

 

“Kami tiada pertalian,” katanya dalam jawapan ringkas kepada NST. 

 

#TVPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Semua raja Melayu perlu bersatu, kerjasama bantu permasalahan rakyat – Sultan Selangor

Next Post

Penjaga rumah amal GISBH tidak mengaku salah rotan murid enam tahun

Related Posts