Oleh : Wartawan TV Pertiwi
BANGI, Selasa – Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25 anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom, yang disahkan hilang menyifatkan perbuatan suspek terhadap ayahnya sangat kejam.
Memetik BERNAMA Amir tiba di lokasi pencarian ayahnya yang dibunuh sebelum dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra, hari ini sejurus dimaklumkan oleh polis.
Menurut polis mangsa diikat tangan, mulut ditutup menggunakan pita pelekat dan dicampak ke Sungai Padang Terap.
Sementara itu sinar melaporkan anak bongsu mangsa itu berkata suspek tersebut dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.
“Tindakan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai.”
Saya difahamkan ayah juga melayan suspek dengan baik,” katanya yang turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, Kedah pada Isnin.
Jelas Muhammad Amir Hakimi, mereka sekeluarga mengharapkan agar jasad bapanya ditemui secepat mungkin.
#jenayah #pesarahilang #TabungHaji #campak #SungaiPadangTerap #kejam #anak
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.