Oleh: Wartawan TV Pertiwi
BANGI, Selasa – Arab mengumumkan bakal menyalurkan bantuan sokongan kewangan secara bulanan kepada rakyat Palestin bagi meringankan penderitaan yang dialami mereka susulan tindakan jenayah gen0sid oleh tentera haram Isr4el.
Pengumuman berkenaan disahkan oleh Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al Saud dan Putera Mahkota yang merangkap Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Kerajaan Arab Saudi turut menegaskan usaha besar yang dilakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri dalam berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan permusuhan, melindungi orang awam dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang lebih banyak kepada rakyat Pal4stin.
Arab Saudi menekankan komitmen kepimpinan negara bagi mencari penyelesaian yang adil dan menyeluruh kepada isu Pal4stin bagi memastikan rakyat P4lestin memperoleh semua hak sah mereka dan menubuhkan sebuah negara merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.
Tambahnya, Arab Saudi kekal dengan pemberian komitmen yang berbelah bahagi terhadap perjuangan P4lestin dan mahu menjadikan ia kepentingan paling utama.
Sejak bermulanya perang pada 7 Oktober lalu, Arab Saudi dilihat berusaha sedaya upaya untuk meringankan keadaan kemanusian di Semenanjung G4z4.
Jumlah keseluruhan sokongan yang diberikan Arab Saudi dikatakan sudah melebihi US$5.3 billion yang menjadikan satu bukti komitmen berterusan negara tersebut terhadap P4lestin.
Sumber: BERNAMA
#ArabSaudi #KingSalman #P4lestin #Bantuan #Kewangan
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi