Oleh Wartawan TV Pertiwi
Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar ke Rusia jika serius mahu beralih ke seni bela diri campuran (MMA), lapor BERNAMA.
Bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC) itu berkata Johan seorang atlet yang berbakat dan mempunyai peluang yang cerah untuk menceburi MMA.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.
“Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA selepas beliau selesai dengan sukan diceburi sekarang.
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya, katanya.
Khabib berkata demikian dalam satu sidang media Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur semalam.
Katanya, Malaysia mempunyai peluang cerah untuk melahirkan atlet berbakat dalam MMA jika serius melakukan penambahbaikan.
“Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih berkelayakan dan rangka kerja kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA.
“Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami sudah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #khabib #MMA #UFC #muaythai #Johan