Tun Mahathir soal siapa Sang Saka kes Liwat II

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau adalah “Sang Saka Tua” yang dimaksudkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata dirinya tidak boleh dipersalahkan dalam kes Liwat II membabitkan pemimpin kerajaan lain.

 

“Tidak sebut nama tetapi sayalah ‘Sang Saka Tua’ yang zalim dan menindas rakyat.

 

“Di dalam kes salah laku seks yang kedua, saya bukan lagi perdana menteri. Tetapi ketiga-tiga peringkat mahkamah mendapati Anwar bersalah.

 

“Perdana Menteri masa itu ialah Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Siapa dia sang saka pada masa itu tidak disebut,” katanya.

 

Perdana Menteri ketika berucap di Himpunan Keadilan minggu lalu mendakwa beliau adalah bekas banduan yang terhormat kerana dizalimi.

 

Dalam ucapan sama, Anwar turut menyebut tentang “sang saka tua yang zalim dan menindas rakyat”.

 

Tun Mahathir berkata Anwar tidak harus melupakan watak-watak penting kes Liwat II antaranya Zahid yang menghalang untuk berjumpa dengan peguam.

 

“Anwar pada 2015 mengecam Zahid kerana menghalang Anwar daripada berjumpa dengan peguamnya dalam 16 kes sivil dan jenayah.

 

“Zahid sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Anwar,” katanya.

 

Mengulas insiden kejatuhan kerajaan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh, Tun Mahathir berkata Anwar perlu berlapang dada.

 

Katanya, kejatuhan kerajaan pada waktu itu sudah ditakdirkan Tuhan dengan beberapa ahli parlimen berpaling tadah.

 

“Pakatan Harapan (PH) menamakan saya sebagai calon Perdana Menteri dengan syarat saya serah jawatan itu kepada Anwar apabila saya letak jawatan.

 

“Saya juga bersetuju untuk Anwar yang masih ada hanya satu tahun dalam penjara dibebaskan. Malang bagi Anwar, kerajaan PH jatuh.

 

“Yang jadi Perdana Menteri lepas saya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita boleh rancang. Yang menentukan ialah Allah,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

#TVPertiwi #TunMahathir #SangSaka #kesliwat

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cabul remaja: PU Azman dipenjara 24 tahun, kena dua sebatan

Next Post

Bukit Aman rakam keterangan Rafique kaitan ucapan ‘banduan terhormat’

Related Posts