PM Lubnan gesa Majlis Keselamatan PBB bertindak ke atas Israel

Pengeboman Israel di Lubnan pada Isnin lalu telah membunuh hampir 500 orang. – Foto NPR

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menggesa ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk bertindak ke atas pengeboman Israel sejak Isnin lalu.

 

Menurutnya, pengeboman oleh negara haram Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 620 orang terbunuh dalam serangan selama tiga hari itu.

 

Terdahulu, satu persidangan majlis keselamatan diadakan pada Rabu yang diusulkan oleh Perancis, apabila menteri luar negara itu berkongsikan usaha bersama Amerika Syarikat untuk melaksanakan gencatan senjata sementara antara Hizbullah dan Israel.

 

“Israel melanggar kedaulatan kami apabila menghantar jet pejuang dan dron di ruang udara Lubnan,” kata Mikati dalam persidangan PBB yang diadakan di New York.

 

Menurut Mikati, keadaan semakin di luar kawalan dan situasi ini perlu diredakan apabila serangan Israel menjatuhkan bom, meletupkan alat elektronik dan mengugut pencerobohan darat telah mencetuskan takut dalam kalangan rakyat Lubnan.

 

“Saya berharap untuk pulang ke tanah air bersama pendirian tegas anda untuk menggesa supaya keganasan ini dihentikan sebagai penghormatan kepada kedaulatan dan keselamatan negara saya,” kata Mikati kepada 15 ahli UNSC.

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan seramai 72 orang terbunuh dalam kempen pengeboman Israel pada Rabu.

 

Malah, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyatakan situasi ini sebagai ‘detik paling berdarah Lubnan apabila 492 orang dilaporkan terbunuh dalam tempoh sehari pada Isnin, yang mana 35 daripadanya merupakan kanak-kanak. – ALJazeera

 

#TVPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tok Mat gesa UNSC hadkan kuasa veto, segera laksana resolusi Palestin

Next Post

8 hari berturut-turut Israel halang azan Subuh di Masjid Ibrahimi

Related Posts