Oleh Wartawan TV Pertiwi
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengingatkan semua ketua jabatan agar melaksanakan pusingan kerja di kementerian masing-masing bermula Oktober ini.
Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata ketua jabatan berdepan tindakan tatatertib jika ingkar arahan itu sebagaimana pekeliling yang dikeluarkan pada 14 Mei lalu.
“Semua ketua jabatan hendaklah memandang serius terhadap pelaksanaan pusingan kerja di kementerian atau jabatan masing-masing.
“Ketua jabatan perlu mengenal pasti dan maksanakan pusingan kerja terhadap pegawai yang wajar ditukarkan bagi memastikan kualiti penyampaian sentiasa dinamik.
“Kegagalan dalam melaksanakan pusingan kerja boleh disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan BERNAMA.
Ahmad Dahlan berkata dengan pelaksanaan pusingan kerja, penjawat awam mampu meningkatkan peluasan tugas dari segi pengalaman dan motivasi.
Katanya, mekanisme itu juga mampu menyumbang kepada kemajuan kerjaya penjawat awam selain membendung masalah prestasi kerja semasa.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan terus memantau dan menilai pelaksanaan pusingan kerja ini untuk memastikan matlamat yang diharapkan tercapai,” katanya.
#TVPertiwi #JPA #AhmadDahlan #kakitangan
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi