MAHB sahkan kejadian lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA

Oleh: Tyah Helmi 

 

BANGI, Rabu – Satu kejadian lubang benam atau ‘sinkhole’ telah dikesan pada jam 8:54 pagi hari ini di luar Kompleks Bunga Raya iaitu kira-kira 1 km dari Bangunan Terminal Utama KLIA. 

 

Perkara itu disahkan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan menyatakan tiada sebarang kerosakan pada harta awam serta gangguan akses kedua-kedua terminal di KLIA. 

 

Selain itu, pihaknya turut sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya dan kini usaha pembaikan sedang dijalankan. 

 

 

Katanya, bahagian operasi udara, landasan dan penerbangan turut tidak terjejas dengan kejadian berkenaan. 

 

Dalam pada itu, pihaknya sudah mula menutup kawasan berkenaan dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden berkenaan. 

 

MAHB  turut menegaskan pihaknya akan terus mengemas kini maklumat dari masa ke semasa berhubung siasatan lubang benam di kawasan berkenaan. 

 

“Jalan yang terjejas ditutup sementara, dengan laluan lencongan dibuka untuk kenderaan yang melalui kawasan itu,” ujarnya di laman Facebook hari ini. 

 

Kementerian Kerja Raya memaklumkan, terdapat satu lubang benam kumbahan milk KLIA dan disyaki kebocoran paip kumbahan menjadi punca ’Sinkhole’ buat masa ini. 

 

Sumber: FB MAHB, Kementerian Kerja Raya Malaysia

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#KLIA #Sinkhole #MalaysiaAirport #Plane 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

7 bulan, pelancong China catat ketibaan tertinggi di Sabah 

Next Post

Israel lebih berkuasa dari semua negara kuasa besar – Tun Mahathir

Related Posts