Oleh Wartawan TV Pertiwi
Wartawan veteran kesal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mewakili Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Datuk A Kadir Jasin berkata Perdana Menteri sewajarnya hadir ke UNGA bagi menyuarakan pendirian Malaysia kekal bersolidariti bersama P4l35t1n.
“UNGA datang dan pergi. Tidak siapa pun peduli. Pasal yang wakili hanya Menteri Luar. Dalam negeri pun beliau tidak berapa berseri. Nampak macam kurang berani.
“Sekali ini Perdana Menteri tidak hadiri. Kalau sesiapa tahu sebabnya, tolonglah kongsi. Dulu-dulu, kalau Perdana Menteri tidak pergi, Timbalanlah yang ganti.
“Sekarang ini pula, Timbalan bukan satu tetapi dua. Sepatutnya Perdana Menterilah yang pergi. Isu P4l35t1n dia juarai,” coretnya menerusi gurindam geopolitik di Facebook hari ini.
Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Malaysia ke UNGA ke-79 yang diadakan di New York, Amerika Syarikat diiringi isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.
Ketibaan Mohamad disambut Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Dr Ahmad Faisal Mohamad dan Konsul Jeneral Malaysia di New York, Amir Farid Abu Hasan.
Kadir berkata walaupun Anwar diapit dua timbalan perdana menteri namun kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibimbangi memberi gambaran berbeza.
“Timbalan nombor satu dia tersasul bertempek ‘Hidup 15r43l’. Kalau beliau pergi, takut tersasul lagi atau kena perli. Silap-silap ada yang bangkitkan kes DNAA. Malulah Malaysia.
“Tahun 2016 beliau pernah wakili Perdana Menteri ke PBB, masa Datuk Seri Najib Razak mula dilanda skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #KadirJasin #PBB #AnwarIbrahim #TPM