Oleh Azzman Jamal
BANGI, Rabu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) 2024 bermula 1 Oktober depan.
Dalam kenyataan di media sosial KKM semalam, kementerian itu berkata, akta terbabit merangkumi peraturan pendaftaran penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.
“Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik,” katanya.
Akta 852 yang diwartakan pada Februari lalu pada mulanya diumumkan akan dilaksanakan pada Jun, namun kemudian ditangguhkan pada Ogos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, langkah KKM mewartakan akta itu bermula 2 Februari lalu sebagai usaha mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan produk tembakau lain termasuk rokok elektronik dan vape.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi