BANGI, Selasa – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang lantang mengkritik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kontroversi pensijilan Halal baru-baru ini.
Menurut Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, tindakan Akmal adalah selari dengan perjuangan UMNO seperti yang termaktub dalam perlembagaan part itu.
Malah, bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, Akmal tidak sepatutnya dilihat sebagai individu yang menentang mana-mana kumpulan etnik hanya kerana menyuarakan isu berkaitan melayu Islam.
“Kenapa dia perlu minta maaf? Saya percaya ini adalah pandangan ikhlas dari-pada Ketua Pemuda UMNO, dia meluahkan perasaan dan ini bukan soal sijil halal tak halal tapi soal perasaan dia tak begitu puas hati” katanya seperti dipetik laporan Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hay yang menuntut Akmal meminta maaf kepada Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dan semua rakyat Malaysia berhubung isu pensijilan halal.
Dalam pada itu, Ku Li berkata, perjuangan UMNO sebagai parti nasionalisme Melayu masih tidak berubah, namun ia tidak bermakna parti itu mengabaikan kaum lain.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi