5 teras strategik KPM untuk 7 tahun akan datang

Oleh : Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, Selasa – Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (PSKPM) 2024 hingga 2030 yang mengandungi lima teras strategik bagi menangani isu pendidikan secara sistematik dan holistik, sejajar peredaran masa.

 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pelan tindakan itu akan dilaksanakan secara komprehensif bagi tempoh tujuh tahun akan datang.

Katanya, lima teras strategik dalam pelan itu merangkumi:

* meningkatkan akses dan kualiti pendidikan

 * mengukuhkan pendidikan digital

* menambah baik kemudahan asas institusi pendidikan KPM

* memperkasakan pengurusan sumber manusia

* mengislahkan sistem tatakelola

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan, hari ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan, hari ini.

“Lima teras strategik itu akan didukung 17 strategi, 66 program dan 82 petunjuk prestasi utama (KPI) yang dirangka untuk mencapai visi dan misi KPM.

“Ia membabitkan pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera dan melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

“Pemantauan pelaksanaan pelan ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan setiap program dan inisiatif mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya hari ini. – Sumber:BH 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

#TVPertiwi #KPM #pendidikan #Pelan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

20 peluru pandu dilancarkan ke arah Israel

Next Post

Tahan kanak-kanak bawa bendera Palestin cetus kemarahan netizen

Related Posts