Azmin tidak tanding jawatan tertinggi BERSATU, Ahmad Faizal rebut naib Presiden

BANGI, Isnin – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan tidak akan bertanding sebarang jawatan tertinggi BERSATU pada pemilihan parti dijadual berlangsung bulan depan.

 

Pada masa sama, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula bakal bertanding untuk  jawatan Naib Presiden untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin memegang jawatan yang disandangnya itu.

 

Menurut laporan Berita Harian, Azmin hanya akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Gombak.

 

“Saya tidak bertanding apa-apa jawatan tertinggi parti di peringkat Pusat. (Hanya kekal tanding) Ketua Bahagian Gombak,” katanya seperti dipetik laporan akhbar itu.

 

Ahmad Faizal dilaporkan sudah menghantar borang pencalonan bagi jawatan Naib Presiden.

 

Sebelum ini, media melaporkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditawarkan jawatan Setiausaha Agung parti, namun terdapat desas-desus beliau menolak tawaran berkenaan.

 

Pada 13 Julai lalu, Presiden BERSATU yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berunding dengan barisan kepimpinan parti bagi memastikan pemilihan pada Oktober nanti tidak mengakibatkan perpecahan dalam parti.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dokumentari dedah mentaliti sakit orang Israel

Next Post

Al Jazeera kecam arahan tutup operasi di Ramallah

Related Posts