Lalu di Zon Pengaman Itali punca kenderaan Malbatt diserang

Oleh : Nur Arrish

 

BANGI, Sabtu – Baling batu dan pancitkan semua tayar kenderaan anggota pasukan Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) di Lubnan.

 

Itu tragedi menimpa pasukan Malbatt negara kelmarin apabila sekumpulan 30 orang awam menyerang kenderaan mereka.

 

Kehadiran pasukan Malbatt negara bermesyuarat di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Italy Battalion dikatakan menjadi punca dua kenderaan pasukan itu diserang.

 

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merujuk kepada insiden serangan melibatkan pasukan Malaysia dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

 

Katanya kejadian berlaku apabila kedua-dua buah kenderaan dinaiki tiga orang pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah MALBATT 850-11 setelah selesai melaksanakan penugasan force protection di Kem Shama, Markas UNIFIL.

 

Memetik Kosmo, kata beliau, pegawai dan anggota terlibat hadir mesyuarat di KTJ Italy Battalion. 

 

“KTJ ini sering diserang, ditahan dan dirampas peralatan oleh orang awam yang tidak suka akan kehadiran PBB dari Itali dan Perancis.

 

Jelas beliau, susulan kejadian itu, bendera Malaysia akan diletakkan di atas kenderaan yang terbabit dalam misi keamanan dan pengawasan di Lubnan  selain menyarankan supaya semua pegawai dan anggota Malbatt850-11 untuk lebih berhati-hati.



Tambah Khaled, selepas dimaklumkan oleh pegawai Malbatt kepada penduduk bahawa mereka adalah pasukan Malaysia, tindakan agresif tersebut dihentikan serta-merta.

 

Terdahulu, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan menerusi satu kenyataan memaklumkan, dalam kejadian jam 5.32 petang waktu tempatan (11.32 malam waktu Malaysia) tiga pegawai serta tujuh anggota kelainan pangkat berada dalam dua kenderaan Fitted For Radio (FFR) MALBATT 850-11

 

Kesemua anggota MALBATT berkenaan dilaporkan selamat.

 

 “Ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, berlaku kesesakan luar biasa dan ketika itulah, ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas yang mana terdapat banyak kenderaan ambulans dan bomba yang melalui dari kedua-dua arah.”

 

“Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba memberhentikan kedua-dua kenderaan MALBATT. Hampir 30 individu membaling batu dan memancitkan semua tayar kenderaan MALBATT menggunakan senjata tajam,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

 

#TVPertiwi #serang #MALBATT #Lubnan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Asyraf nafi pengedar ayam MRSM tiada sijil halal

Next Post

Kes GISBH: Sultan Selangor kesal, kecewa dan dukacita

Related Posts