Oleh: Tyah Helmi
Isu melibatkan pensijilan Halal yang menjadi kontroversi baru-baru ini adalah disebabkan salah faham daripada pelbagai pihak, kata Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Justeru, naib presiden DAP itu berkata, sewajarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan mengenai isu tersebut.
Terdahulu, Teresa dalam akaun Facebook beliau memaklumkan berjumpa dengan JAKIM di Parlimen ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen.
Katanya, kebetulan pengurusan tertinggi Halal Devolopment Corporatation (HDC) dan JAKIM dijemput memberi pembentangan tentang usaha mereka mempromosi pensijilan halal.
Beliau turut memuat naik gambar bersama Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Mohd Zamri Mohamed.
“Sirajuddin berkata mereka datang ke Parlimen selepas memberi keterangan kepada pegawai polis di Bukit Aman berkenaan kontroversi pensijilan halal yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Naim dan saya.
“Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah-faham daripada pelbagai pihak.
Saya rasa adalah lebih baik bagi JAKIM untuk memberi penjelasan mengenai isu ini,” katanya.
Selasa lalu, Teresa Kok hadir di ibu pejabat polis Bukit Aman pada pukul 9.42 pagi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkait isu sijil halal.
Teresa ketika ini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
#TvPertiwi
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.