Oleh Azzman Jamal
BANGI, Selasa – Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom, malam tadi.
Kematiannya dimaklumkan ister beliau, Marina Lee Abdullah menerusi hantara Facebook Malaysia Today pagi ini.
Menurutnya, Raja Petra meninggal dunia pada jam 11.26 malam akibat jangkitan darah yang telah merebak ke paru-paru dan hati.
“Dengan dukacita saya maklumkan suami kesayangan, Raja Petra Kamarudin telah meninggal dunia pada pukul 11.26 malam waktu UK pada 9 September 2024 di Manchester, UK.
“Punca kematian adalah disebabkan jangkitan darah yang telah merebak ke paru-paru dan hatinya,” katanya.
Sumber: Malaysia Today
#TvPertiwi
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.