Oleh: Tyah Helmi
Bangi, Isnin – Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan perkembangan terkini isu nota bantahan yang dikemukakan oleh China mendakwa operasi penggalian minyak dan gas negara telah melepasi sempadan yang dibenarkan.
Pakar Geostrategis dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Dr Azmi Hassan menjelaskan penghantaran nota bantahan daripada Beijing, China adalah perkara lazim di dalam proses diplomasi dan isu dakwaan pelanggaran sempadan bukanlah perkara yang besar.
Jelas Dr Azmi, Malaysia menerusi Wisma Putra seringkali mengemukakan nota bantahan kepada negara lain dan juga China jika berlaku sebarang permasalahan berbangkit.
“Kita pun sering buat nota bantahan kepada China, bila mereka masuk ke kawasan EEZ kita, tiada kita hendak dikatakan berperang kerana kita tidak mempunyai strategik secara fizikal, jadi bagi saya penting untuk rakyat tahu perkara yang sebenarnya.”
“Bila China menghantar nota, diplomasi ini maksudnya mereka menggunakan saluran, diplomasi perundangan antarabangsa dan mereka mengiktiraf saluran ini,”
Dalam isu terkini dengan China, katanya ketika mana mereka menghampiri sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) 200 batu nautika yang dikongsi oleh Malaysia, Filipina, Brunei, Taiwan dan Vietnam yang berada di bawah kedaulatannya.

Ketika dihubungi TV Pertiwi, menjelaskan nota bantahan, katanya terdapat pihak yang membocorkan nota bantahan berkenaan kerana dengan sengaja mahu mencetuskan provokasi di antara Malaysia dan China.
Ketika ditanya mengapa nota bantahan secara tiba-tiba dibocorkan, Azmi menjawab ia berkemungkinan mempunyai kaitan bersama projek Kasawari oleh Petronas yang berjaya mengeluarkan minyak pertama kawasan EEZ di Sarawak tersebut.
“Saya melihat, isu projek petronas di Kasawari, di EEZ Sarawak, dan seingat saya Perdana Menteri pada ketika itu, menyatakan kalau ada masalah dengan China dalam hal Kasawari ini, mari kita berbincang,”
“Serta tiada masalah, kerjasama itu tiada isu dan mungkin kini kita melihat, projek Kasawari itu sedang berjalan, dan baru beberapa bulan lepas di mana, minyak pertama daripada projek Kasawari itu berjaya dikeluarkan, oleh Petronas jadi itu yang mendesak mereka melihat projek Kasawari ini berjaya sebab itu nota bantahan dikeluarkan pada masa sekarang,”
Maka dengan itu, beliau berharap Malaysia tidak terperangkap dengan pihak ketiga yang boleh menyebabkan negara terlibat dengan pertembungan fizikal kerana pada ketika ini sekiranya wujud konflik, Malaysia sentiasa mengatasi segala permasalahan melalui perbincangan serta berdiplomasi.
“Malah pada tahun 2016, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi resolusi, keputusan bahawa China tiada hak dalam tuntutan mereka di Laut China Selatan,”
‘Maka dengan itu, kita tidak mahu terjebak seperti Filipina, kerana kita tidak mahu terjebak dari segi fizikal (peperangan), kerana kita lemah dari segi itu dan akan kalah kerana China lagi besar dari segi ketenteraannya,”
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu Malaysia tetap kekal dengan pendirian yang neutral iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak, terutama dengan kuasa besar sama ada China atau Amerika Syarikat atau juga Rusia.
Terdahulu media melaporkan terdapat kebocoran nota bantahan yang dihantar oleh China kepada Malaysia, menyuarakan bantahan terhadap operasi syarikat Petronas di kawasan tersebut.

Nota yang disiarkan oleh media Filipina itu menunjukkan dakwaan Beijing bahawa penerokaan minyak dan gas Malaysia di Laut China Selatan telah memasuki sempadan perairan China.
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.
Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TvPertiwi