Sijil Halal: Kenyataan Teresa Kok undang ketegangan, wajar dikenakan tindakan – NASIONALIS

Kenyataan yang dimuat naik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam akaun Facebook beliau.

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI. Sabtu – Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung pensijilan Halal dibimbangi akan mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

 

Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis, Rashidi Haris berkata, kritikan terhadap cadangan pensijilan boleh dilihat sebagai campur tangan yang tidak wajar dalam urusan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan aspek keagamaan dan ibadah.

 

Katanya, kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai satu bentuk provokasi yang mengundang kecaman daripada pelbagai pihak terutama masyarakat muslim dan ini hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati serta menambah jurang perpecahan dalam masyarakat.

 

“Kenyataan ini juga berpotensi menimbulkan isu agama, bangsa dan raja (3R). Halal bukan sekadar isu ekonmi atau pilihan perniagaan, ia melibatkan nilai agama yang dipegang teguh majoriti rakyat negara ini.

 

“Kok seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu ini, kerana ia boleh disalah tafsir sebagai tindakan yang tidak menghormati kepercayaan agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan. 

 

Semalam, Kok  menyatakan bahawa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

 

Kenyataan itu sekali gus mengundang perhatian dan kritikan orang ramai yang meminta wakil rakyat DAP itu supaya tidak masuk campur urusan orang Islam. 

 

Dalam pada itu, Rashidi berpandangan bahawa bekas Menteri Industri Utama itu disiasat dan didakwa di mahkamah kerana mencetuskan ketegangan dan menyentuh perkara sensitif. 

 

Tegas beliau, kenyataan Kok yang menyatakan pensijilan halal secara mandatori akan menjadi bahan ejekan di peringkat antarabangsa adalah satu penghinaan kepada sistem pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf dunia.

 

“Pensijilan Halal bukan sahaja penting bagi umat Islam di Malaysia tetapi menjadi satu piawaian yang dihormati di peringkat antarabangsa.

 

“Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian budaya tidak memerlukan wakil rakyat yang mengeluarkan kenyataan yang boleh pecah-belahkan rakyat,” tambahnya.

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mangsa tembak kerabat raja mahu tuntut bela, belum dapat kerja

Next Post

DPMM sanggah pandangan pensijilan halal Teresa, tidak tepat

Related Posts