SPRM tumpu bankrapkan pesalah rasuah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, seru semua agensi penguat kuasa menggembleng tenaga untuk tangkap pesalah rasuah

BANGI, Rabu – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan fokus utama agensi penguatkuasa itu kali ini ialah membankrapkan pesalah-pesalah rasuah sehingga dapat memulangkan berbilion ringgit duit dan aset kepada kerajaan.

 

Menurut Azam, SPRM perlu giat memperkukuhkan pendekatan siasatan dan perisikan terhadap usaha mengesan aset yang dicuri oleh pelaku rasuah.

 

“Saya nak bankrapkan mereka dan ini boleh mendatangkan rasa takut supaya mereka berfikir banyak kali dalam melakukan jenayah rasuah,” katanya kepada Bernama.

 

Tambah Azam, SPRM pada tahun ini berjaya mendapatkan dan mengembalikan semula RM1.3 bilion jumlah aset kepada kerajaan, menerusi proses undang-undang.

 

Justeru, beliau menyeru semua agensi penguatkuasa di negara ini menggembleng tenaga dalam menangkap penjenayah sehingga dapat didakwa di mahkamah serta merampas semula harta yang diambil.

 

Untuk rekod, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang membenarkan SPRM merampas aset penjenayah bagi memulangkan kembali wang atau hasil yang dicuri kepada kerajaan.

 

Sumber: Bernama

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KKM beri kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan 3 doktor

Next Post

7 KSU kementerian ditukar – KSN

Related Posts