Kon Yeow tidak pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Chow Kon Yeow (kanan) sebelum ini umum tidak bertanding dalam pemilihan parti peringkat negeri.

BANGI, Selasa – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tidak akan mempertahankan jawatan beliau sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata beliau telah mengambil maklum pengumuman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu yang menarik diri daripada pemilihan parti dalam konvensyen DAP Pulau Pinang pada 22 September depan.

 

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepadanya sebelum pengumuman dibuat terlebih dahulu.

 

“Saya menghormati keputusan dan pendirian beliau demi pembaharuan dalam kepimpinan DAP Pulau Pinang setelah beliau menerajui jawatankuasa negeri selama 25 tahun. 

 

“Sebelum pengumuman hari ini, beliau telah berbincang dengan saya berkenaan hasratnya,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook Democratic Action Party hari ini.

 

Pada masa sama, Loke menegaskan keputusan itu tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri kerana Kon Yeow akan terus memegang jawatan ketua menteri sehingga akhir penggal ini.

 

Katanya, ia selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Negeri yang menghadkan jawatan Ketua menteri selama dua penggal maksima.

 

Sumber: FB Democratic Action Party 

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Vaksin polio tidak lindungi anak-anak kami dari dibom,” – penduduk Gaza

Next Post

Bermula 15 September, peniaga pasar malam Islam wajib henti operasi ketika Maghrib

Related Posts