BANGI, Rabu – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan hari ini begitu obses dengan Tun Dr Mahathir sedangkan pentadbirannya ketika menjadi Perdana Menteri keempat sudah lebih dua dekad lalu.
Menurut Zaid, tidak dinafikan pentadbiran Dr Mahathir mempunyai beberapa sekatan terhadap kebebasan bersuara, namun bekas Perdana Menteri itu kebiasaannya mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.
Katanya, agak hairan apabila Kerajaan Madani tidak membandingkan dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Razak yang mentadbir negara ini selepas era Dr Mahathir.
“(Pentadbiran) Dr Mahathir sudah lama dulu. Boleh tak Anwar hanya tumpu pada masa ini?
“Tidak elok untuk kerajaan membandingkan dirinya dengan pemimpin 20 tahun lalu terutama individu itu juga yang memberi kuasa kepada PH (Pakatan Harapan)?” kata Zaid menerusi ciapan di X hari ini.
#TvPertiwi
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.