BANGI, Rabu – Sektor awam bakal menyaksikan beberapa perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi bermula esok dan 23 September depan.
Dalam kenyataan media, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perubahan itu membabitkan jawatan ketua setiausaha, timbalan ketua setiausaha kanan dan ketua pengarah.
“Perubahan penempatan itu dilaksanakan seiring dengan hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam yang menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam.
“Ia bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam susulan pengumuman sistem saraan perkhidmatan awam oleh Perdana Menteri,” katanya hari ini.
Berikut adalah perubahan penempatan dan pelantikan baharu jawatan tersebut :
1- Datuk Lokman Hakim Ali – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (23 September 2024)
2- Datuk Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (23 September 2024)
3- Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan (5 September 2024)
4- Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (5 September 2024)
5- Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (5 September 2024)
6- Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (5 September 2024)
7- Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (5 September 2024)
8- Datuk Awang Alik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (5 September 2024)
9- Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (5 September 2024)
10- Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (5 September 2024)
11- Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (5 September 2024)
12- Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (5 September 2024)
Sumber: FB Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar
#TvPertiwi
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.