BANGI, Sabtu – Entah kerana sikap sambil lewa, atau tidak perasan – pastinya jawapan sedangkal itu tidak boleh diterima dan sepatutnya dijadikan alasan membolehkan poster meraikan pertandingan buku skrap kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos nanti semudahnya menampilkan imej pasukan negara lain.
Dalam poster viral yang diedarkan, penganjur mengajak orang ramai menyertai pertandingan membuat buku skrap kemerdekaan, namun posternya meletakkan imej tiga lelaki pasukan keselamatan negara asing yang sepatutnya lebih wajar diletakkan ialah pasukan keselamatan negara yang telah banyak berjasa dan berkorban untuk negara.
Pertandingan buku skrap itu bertemakan tokoh kemerdekaan di Malaysia meliputi perjuangan salah satu daripada enam tokoh sejarah utama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Onn Jaafar, Datuk Maharajalela, Datuk Dol Said dan Rentap.
Atas kekecewaan itu, netizen menyatakan kemarahan mereka kepada sikap ambil muat dan sambil lewa kepada pihak penganjur, kerana melakukan tugas tanpa penyelidikan yang rapi.
Ada juga yang mempersoalkan dengan menyindir apakah Malaysia telah dijajah? Malah menuntut Kementerian berkenaan mengambil tindakan.
Manakala yang lain, mahu pihak veteran pasukan keselamatan bertindak kerana poster itu didakwa sengaja mengapi-apikan orang ramai.
Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook, indidvidu yang bernama Cik Nurul Afiza binti Ghazali, yang juga salah seorang yang dipertanggungjawabkan bagi peraduan itu telah memohon maaf atas kesilapannya.
Nurul Afiza berkata dia kesal kerana tidak peka dengan isu sensitiviti rakyat Malaysia.
Selain Nurul Afiza, seorang lagi individu yang perlu dihubungi peserta seperti dipaparkan dalam maklumat pada poster ialah Puan Hafiza binti Musa.