Abdul Hadi dakwa tauke dan syarikat judi hanya layak bersama PH

BANGI, Rabu – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menepis tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang membayangkan sebahagian dana kempen pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Abdul Hadi berkata, hanya individu yang tidak mampu berfikir dengan waras boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN.

“Sedangkan saham syarikat judi jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

“Sahamnya hanya naik semula, apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih.

“Diikuti pula dengan pembentukan kabinet yang tidak bersih kerana telah melibatkan bekas banduan walaupun telah diampun, kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya, pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke serta syarikat judi.

“Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang terdapat di dalamnya yang dituduh sebagai Taliban, pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas,” katanya dalam Minda Presiden Pas menerusi hantaran Facebook hari ini.

Timbalan Pengerusi PN itu menambah, tuduhan itu bermakna tauke judi tersebut sangat bodoh kerana mereka pandai menipu dan paling banyak menyumbang rasuah kepada penerima rasuah yang bergabung dengan bekas banduan kluster mahkamah, sehingga menjadi penyokong kuat PH bagi menubuhkan kerajaan.

Katanya, apabila Pas memerintah Kelantan, mereka mengambil satu langkah bagi menutup tempat perjudian yang diharamkan oleh Islam dan diadakan dialog dengan para pemimpin semua agama.

Ini kerana, mereka memaklumkan bahawa judi turut diharamkan oleh semua agama.

“Selepas itu, kami menghadapi masalah apabila bidang kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada premis perjudian.

“Adapun lesen kebenaran berjudi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri, sama seperti sekarang.

“Apabila  negeri Kelantan, Terengganu serta Kedah menutup premis perjudian dan lain-lain di bawah bidang kuasa mereka, tiba-tiba tindakan itu mendapat protes daripada parti komponen PH,” katanya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenapa Asri Hamidin perlu diganti, siapa KSU Perbendahara baharu?

Next Post

Calon tarik diri tetap diisytihar pemenang jika dapat undi tertinggi – Pengerusi SPR

Related Posts