SUNGAI PETANI, Isnin – Sebanyak 1.2 juta pelancong warga China yang hilang didakwa tidak keluar dari Malaysia dalam tempoh tiga tahun masih terus menjadi tanda tanya.
Mantan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan mereka yang bakal menjadi pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau berkata, ini adalah isu keselamatan yang sangat besar dan mesti dikendalikan segera secara serius sebelum hilangnya kedaulatan sebuah negara yang merdeka.
Menurut Prof. Zainur Rashid, ada dalam kalangan mereka dilaporkan memiliki Mykad dan passport yang dibeli dengan harga sehingga RM400,000 untuk sekeping Mykad atau passport.
Tegasnya, jika isu sebesar ini tidak dapat dikendalikan dengan berkesan, maka tidak mustahil ada di antara mereka yang bakal menjadi pengundi untuk PRU15 kelak.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan angka itu tidak betul, namun berapa pun jumlah ‘kehilangan’ warga China ini tetap menjadi persoalan.
Lebih membimbangkan apabila saban hari tertera di media mengenai tangkapan ramai warga China dengan pelbagai kes jenayah.
Antaranya terbabit dalam sindiket judi atas talian, penipuan pelaburan, Macau Scam, mata wang kripto, pelacuran dan kongsi gelap.
Julai lalu, di dewan rakyat Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, 1 juta 222 ribu 278 warga China yang masuk dalam negara ini bagi tempoh 2018 hingga 2021 tiada rekod keluar.
Pautan FB : https://www.facebook.com/ProfDrZainurRashid/photos/a.696645217050112/5633736700007581/
https://www.youtube.com/watch?v=MC-pisHkS6c