BANGI, Sabtu – Gerakan Tanah Air (GTA) sudah memulakan perbincangan bersama Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerjasama yang mungkin dijalinkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Gerakan Tanah Air (GTA) mengesahkan perbincangan bersama Perikatan Nasional (PN) sudah dimulakan bagi melihat kemungkinan jalinan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Timbalan Pengerusi GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kedua-dua pihak masih berusaha untuk mencapai persefahaman sebelum perbincangan secara rasmi dapat dilaksanakan.
“Perbincangan masih di peringkat awal yang mana kita masih perlu menentukan konsep gabungan berkenaan dan setakat ini, respon PN adalah positif.” – Datuk Seri Mukhriz Mahathir / Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air
Katanya, perbincangan berkenaan baru sahaja menerusi peringkat awal namun respon pihak Perikatan Nasional kelihatan memberangsangkan.
Memetik Berita Harian, beliau berkata kerjasama itu mampu dicapai sekiranya kedua-dua pihak dapat mengetepikan perbezaan pendapat serta cuba menetapkan matlamat dalam memastikan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir / Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air
“Kita melihat kerjasama ini boleh dibuat dalam bentuk gabungan politik (GTA dan PN), tetapi ia berkemungkinan agak sukar kerana kesuntukan masa. Tetapi mungkin boleh dibuat kerjasama dalam menghadapi pilihan raya jika kedua-dua pihak melihat kerosakan bakal dibuat BN dan UMNO sekiranya kembali mendapat kuasa,” – Datuk Seri Mukhriz Mahathir / Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air
Menurut Mukhriz, gabungan tersebut perlu dilakukan segera selepas capai persetujuan berikutan kesuntukan masa bagi penamaan calon PRU15 yang diadakan pada 5 November ini.
Tambahnya, kedua-dua belah pihak perlu melihat kemudaratan yang akan terjadi jika BN dapat membentuk kerajaan selepas PRU15 nanti.
Sebelum ini, Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, pihaknya sedang mempertimbangkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15.
Katanya, pihaknya sedia bekerjasama bersama PN jika gabungan itu boleh sependapat dengan GTA serta tidak terbabit dengan perkara bertentangan dasar dan prinsip.
https://www.youtube.com/watch?v=BF5o87tUY1c