Pengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!

BANGI, 19 OKT 2022 –  Heret pengintip Israel ke muka pengadilan dengan hukuman tegas.

Demikian desakan dinyatakan kepada pihak berkuasa supaya hukuman setimpal dan tindakan lebh keras  bagi mengelak  kejadian seumpamanya berulang lagi.

Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan  menyifatkan  kesediaan warga tempatan menjadi tali barut Zionis itu satu sikap yang sanggup memperjudikan saudara seIslam sendiri demi mengaut wang semata-mata.

Malah pembabitan rakyat tempatan sebagai tali barut Israel ini  secara tidak langsung memperlihatkan ancaman keselamatan kepada warga Palestin di negara ini dan juga bagi masyarakat Islam Malaysia amnya.

“Ancaman Zionis dan Israel ini kini bukan sahaja dilihat di seluruh dunia, di Palestin tapi juga di negara kita sendiri di mana sewenang-wenangnya mereka mudah merekrut rakyat tempatan dan bertindak melakukan operasi jahat Zionis setelah dibayar .” – Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan 

Katanya lagi, umat Islam di Malaysia pasti tidak mahu  rakyat di negara ini  menjadi tali barut ejen Isr4el dengan menculik dan menangkap rakyat Palestin yang sepatutnya mereka saudara SeIslam yang sepatutnya dipertahankan.

“Kita tidak mahu rakyat kita menjadi tali barut untuk menangkap dan menculik rakyat Palestin yang sepatutnya saudara seIslam yang perlu dipertahankan. Perkara ini harus disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa dan harap pihak berkuasa memperketatkan dan memantau gerak-geri pihak yang mahu mengganggu keselamatan negara, dan ia mendatangkan kerisauan kepada rakyat”. – Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan 

 

Bagaimana pun Nuqman pasti pihak berkuasa telah berjaya mengesan mereka dan kes ini pun telah di hadapkan ke mahkamah dan diharap hukuman yang berat boleh dijadikan iktibar kepada mana-mana rakyat tempatan untuk tidak menjadi  api dalam sekan kepada saudara Islam di Palestin.

Tindakan Polis Diraja Malaysia juga diharap akan diperketatkan dalam pemanatauan gerak geri rakyat tempatan yang menjadi  ejen asing.

Tambah Nuqman mereka yang terbabit juga perlu didedahkan kepada masyarkat umum kerana  pelaku terbabit menggangu keselamatan negara.

Apapun beliau bersyukur  dengan kejadian ini  masih ada kesedaran isu Palestin dalam kalangan rakyat Malaysia  dan isu sebegini harus terus diperkasa untuk rakyat terus menolak sebarang unsur zionis dalam negara.  

 

Israel semakin berani mencabar kedaulatan negara dengan merekrut rakyat tempatan bersubahat  menculik dan menangkap warga Palestin di negara ini. Tindakan dan hukuman  tegas perlu dikenakan kepada pengintip Israel warga tempatan.-  Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia – Nadir Al-Nuri.

 

Sementara itu Nadir Al-Nuri, Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia turut menyatakan kekesalan terhadap serangan yang dilakukan oleh suspek warga tempatan ke atas warga Palestin di ibu negara.

 

Katanya dalam hantaran di aplikasi telegramnya,  Mossad semakin berani  mencabar kedaulatan negara dengan menggunakan aset lokal.

Malaysia yang dulunya menjadi tempat selamat bagi masyarakat Palestin kini semakin terancam.

Dan memetik portal malaysiakini  kes  melibatkan operasi Israel memburu aset Hamas, kumpulan bersenjata Palestin, di bumi Malaysia telah dibawa ke mahkamah, kata PDRM ketika dihubungi.

Ujarnya lagi tiada maklum balas buat masa ini memandangkan kes telah dituduh di mahkamah.

TV Pertiwi juga yang menghubungi Bahagian Komuniasi Bukit Aman berkata setakat ini suspek kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan.

Pada Selasa akhbar newsstraitstime melaporkan ejen Mossad satu ejen perisikan Israel terdiri daripada rakyat tempatan menjalankan operasi mengesan Hamas yang dilabel Yahudi sebagai pengganas.

Mereka direkrut dan diupah sebanyak RM120,000 untuk membantu rejim Yahudi memburu rakyat Palestin, terutama yang  mempunyai hubungan dengan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged Izz ad-Din al-Qassam.

Infografik NST mengenai kejadian penculikan dua warga Palestin pada 28 September lalu.

Dalam kejadian 28 september lalu,  jam 10 malam  dua pakar pengaturcaraan komputer Palestin memasuki kenderaan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas makan malam di sebuah pusat beli-belah.

 NST melaporkan  pakar berkenaan ditangkap untuk Israel mendapatkan maklumat dan mengetahui pengalaman lelaki  berkenaan dalam pembangunan aplikasi komputer, kekuatan Hamas membangunkan perisian, informasi mengenai anggota Briged al-Qassam dan kekuatan mereka.

Dan soal siasat pihak berkuasa yang dijalankan selama kira-kira sehari menggerakkan satu serbuan pihak berkuasa Malaysia ke tempat kurungan dan menahan mereka yang didakwa bertanggungjawab menculik mangsa. 

Difahamkan ketika polis menyelamatkan lelaki Palestin tersebut, dia mengalami pelbagai kecederaan.

https://www.youtube.com/watch?v=Qe9ZmYVUo28

Ini bukan kali pertama kejadian membabitkan rakyat Palestin. 

Pada tahun 2018, jurutera elektrik kelahiran Gaza, Fadi Mohammed al-Batsh ditembak mati oleh dua penunggang motosikal ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh di Kuala Lumpur. 

Kejadian itu juga dipercayai dijalankan oleh agensi perisikan Israel.

ENDS 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perhalusi Cadangan Penjawat Awam, Tambah Baik Sistem Pendidikan

Next Post

Kerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian – Tuan Ibrahim

Related Posts