Gerakan Tanah Air Alternatif Rakyat Muak Politik Korup

TEMERLOH, Ahad – Gerakan Tanah Air (GTA) dianggap bukan gerakan parti semata-mata sebaliknya parti gerakan rakyat. 

Pengerusi GTA Negeri Pahang, Aminuddin Yahaya berkata, GTA membawa konsep baharu dipelopori oleh gerakan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Gagasan Bangsa sebuah parti politik kemahuan rakyat. 

Aminuddin berkata, rakyat mempunyai alternatif selepas muak akan senario dan tindakan pemimpin politik yang tiada kredibiliti.  

“…Dan hari ini GTA memberikan alternatif kepada rakyat kita akan angkat suara rakyat, saya dah berjuang dalam NGO lama, apa saya tak buat lagi? Sudah pergi istana, agensi kerajaan , tapi apa saya suarakan tanyakan Sabrina dan Khaidir, ini bukan semakin baik tetapi semakin rosak dan dirosakkan” – Aminuddin Yahaya/ Pengerusi Gerakan Tanah Air Negeri Pahang

Aminuddin Yahaya berucap ketika Himpunan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Pahang di Temerloh Pahang, semalam.

Tambahnya, pembelajaran agama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ditukar kepada peradaban dan etika membawa kerosakkan pemikiran liberal dan akidah yang dipegang sebelum ini. 

“Agama kita makin ditekan hari ini pembelajaran agama di IPT telah ditukar kepada peradaban dan etika dah tak ada dah jadi jangan heranlah pelajar IPT nanti ada pemikiran liberal yang tidak lagi berpegang pada akidah yang kita pegang sebelum ini , kerana ditanam dengan idea-idea lain.” – Aminuddin Yahaya/ Pengerusi Gerakan Tanah Air Negeri Pahang

Aminuddin berkata, bangsa Melayu akan menjadi pengemis kepada bangsa lain disebabkan jurang ekonomi antara melayu dan bangsa lain semakin tinggi. 

https://www.youtube.com/watch?v=wkvdfuy1vQA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ahmad Zahid Nafi Jadi Calon PM Jika BN Menang

Next Post

i-Guru Nasihat Penjawat Awam Guna Saluran Betul Suarakan Pendapat

Related Posts