Lima Kerusi Parlimen Tumpuan BERJASA Untuk Menang PRU-15

BANGI, Sabtu – BERJASA sasar memenangi kerusi yang ditandingi di Parlimen Putrajaya, Shah Alam, Sepang, Kota Bharu dan Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, hasrat itu disuarakan kerana BERJASA pernah menggerakkan jentera parti di kawasan berkenaan sebelum ini.

“Jadi tempat-tempat ini insya-allah kita yakin bahawa berjasa boleh menyumbang kerusi kepada penubuhan kerajaan baru di bawah Gerakan Tanah Air (GTA) jadi antara kerusi yang kita telah kenal pasti ialah Putrajaya, Shah Alam, Sepang, Kota Bharu dan Baling serta ada berapa tempat lain yang kita rasakan kita akan boleh menyumbangkan kerusi kepada GTA.” – Datuk Mohd Rosli Ramli / Timbalan Presiden BERJASA

Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Rosli Ramli

Beliau berkata demikian susulan  parti komponen Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengenal pasti 40 calon boleh menang untuk bertanding dalam PRU15.

Bagaimanapun difahamkan senarai kawasan itu masih dalam perbincangan Majlis Tertinggi (MT) GTA.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Berjasa, Ir. Ts. Lukman Al-Hakim berkata BERJASA sudah mengenalpasti 40 orang calon boleh menang yang akan bertanding pada PRU-15.

Jelasnya, calon terbabit terdiri daripada bekas ketua jabatan, doktor pakar, pensyarah universiti, tokoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan multinasional (MNC) serta beberapa teknokrat serta individu ternama yang lain.

BERJASA dijangka menggunakan logo PEJUANG dalam PRU15 berikutan  penubuhan GTA belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Selain BERJASA, tiga parti lain dalam GTA adalah PEJUANG, PUTRA dan IMAN selain NGO Gagasan Bangsa yang dijangka turut serta dalam PRU-15.

https://www.youtube.com/watch?v=UW_6OhUjRh8

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP, Penerima Anugerah Perdana

Next Post

“Ismail Tak Usah Salahkan 12 Menteri PN”- Tun M

Related Posts