“Ismail Tak Usah Salahkan 12 Menteri PN”- Tun M

FILE PHOTO: Malaysia’s former Prime Minister Mahathir Mohamad speaks during an interview with Reuters in Kuala Lumpur, Malaysia, March 13, 2020. REUTERS/Lim Huey Teng/File Photo

BANGI, SabtuPengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhenti menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) atas keputusan beliau membubarkan Parlimen.

Tun Dr Mahathir, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA)

Tegas beliau, walaupun Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran, parti komponen berhak memberi pandangan mereka.

Menerusi satu hantaran facebook yang dikeluarkan, beliau berkata hakikatnya UMNO yang mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera walaupun pengetahuan dan persetujuan parti komponen lain juga perlu diambil kira.

Memang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” – TUN DR MAHATHIR / Pengerusi Gerakan Tanah Air

Sebelum ini dilaporkan, Ismail Sabri berkata, keputusan pembubaran Parlimen dilakukan berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar apabila mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tegas beliau, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

 

https://www.youtube.com/watch?v=X89OrX_sHlA

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lima Kerusi Parlimen Tumpuan BERJASA Untuk Menang PRU-15

Next Post

PH Menang Mudah Jika MCA Bertanding Di Alor Setar – UMNO

Related Posts