BANGI, Sabtu – Gerakan Tanah Air (GTA) tekad untuk menguburkan golongan kleptokrat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad masih terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan parti-parti tertentu yang mempunyai agenda sama.
“Moga-moga kita dapat bekerjasama dan berganding bahu melawan kleptokrat demi negara tercinta. Kuburkan kleptokrat.’’ – Tun Dr Mahathir Mohamad / Pengerusi Gerakan Tanah Air
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, GTA membuat pertimbangan untuk kerjasama politik dengan parti-parti lain yang mempunyai agenda sama, iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional.
Beliau juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, PH membuat keputusan muktamad bahawa tiada kerjasama dengan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui GTA dan Perikatan Nasional (PN).
Sementara PN pula meneliti kerjasama dengan GTA bagi menghadapi PRU15 akan datang.