BANGI, Rabu – Budaya interaksi kian berubah apabila penggunaan media sosial dianggap sebagai satu keperluan supaya tidak dianggap ketinggalan zaman sehingga disalahgunakan lebih-lebih lagi golongan muda.
Ironinya, penggunaan sosial media tersebut digunakan dengan melayari kandungan jelek seperti ‘dark side’ atau sisi gelap di laman sosial yang mampu memberikan kesan buruk terhadap akidah anak muda Islam.
Menurut Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata satu sistem kawalan pelindung media perlu diperkenalkan kepada golongan remaja Islam bagi membendung kegiatan itu.
“Satu sistem pengawal selia kandungan media harus diperkenalkan kepada pengguna Islam khususnya rermaja Islam supaya mereka tidak terpengaruh dengan kandungan jelek ataupun bersifat fitnah dan penipuan.” – Dr Syed Agil Alsagoff /Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, UPM
Tegasnya, masyarakat perlu turut sama berganding bahu dalam memberikan kesedaran kepada anak muda dari terjerumus dengan kancah ‘dark side’ serta laman web yang mampu memberikan kesan buruk.
Dalam pada itu, Syed Agil juga menyeru agar masyarakat menyalurkan penjelasan isu-isu dan maklumat yang tepat kepada masyarakat menerusi saluran media agar dapat diyakini dan difahami oleh para pengguna media dan generasi muda, katanya menerusi temubual Tv Pertiwi.
Program-program yang bersifat positif seperti mengiktiraf dan menghargai para pengguna media dalam generasi muda dengan memberikan ruang buat mereka memanfaatkan penggunaan media sebagai medium kreatif dan inovatif ke pentas global.
Akaun Dark Side telah lama berleluasa di laman sosial Twitter di mana penggunanya menyembunyikan identiti sebenar untuk mengeksploitasi akaun demi tujuan yang salah, termasuk khidmat langganan seks dan memuat naik hantaran berkaitan pornografi.
Menurut laporan, laman sosial Twitter ini merupakan media sosial yang membenarkan kandungan eksplisit yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk tujuan peribadi atau jualan seperti menghambur kata-kata kesat dan lucah serta pelawaan kepada pengguna lain untuk menjalinkan hubungan intim.
https://youtu.be/o1Eij62KXvA