BANGI, Selasa – Desakan mempercepatkan PRU-15 oleh para pemimpin kian rancak, namun adakah mereka yakin dengan laksananya pilihan raya dalam masa yang terdekat ini, masa depan rakyat bakal terbela dan terjamin dengan jayanya.
Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menggesa agar para pemimpin untuk tidak mengejar pangkat, kuasa dan wang semata-mata di saat dunia politik negara kian barah dan punah.
Justeru, hentikan scenario-senario “Munafik Politik” ini dan segera bersatu demi mengangkat nasib rakyat dan orang Melayu terbela.
Parti DAP pula dikatakan sering komited untuk “melangkah mayat aku dahulu” dan menganggap PAS adalah musuh sejati mereka. Namun, pada era Pakatan Harapan mereka dilihat menjalinkan kerjasama yang utuh bersama PAS.
Buat PKR pula, mereka mengutuk sekeras-kerasnya Tun Mahathir, walhal pada PRU14 tiba sahaja menjulang setinggi-tinggi Tun Mahathir.
Justeru, Aminuddin memaklumkan politik di Malaysia sememangnya tidak menentu dan kuat menikam belakang.
“Bukan sahaja rakyat akan terus terabai tetapi yang lebih membimbangkan, musuh akan mengambil kesempatan dalam kecamukan ini untuk terus menguasai negara. Mungkin mereka tidak kuasai dalam bentuk fizikal kerana itu agak tragis dan mengundang pelbagai masalah tetapi mereka akan menguasai secara halus (soft power).”
HAJI AMINUDDIN YAHAYA/ Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Dalam ketika itu, beliau juga gusar sekiranya mainan politik ini menyebabkan nasib rakyat terus terabai serta musuh mudah menguasai negara dengan menyebarkan beberapa dakyah kotor melalui “soft power” ini.
Kini rakyat sudah dipengaruhi oleh jarum halus musuh apabila lahirnya golongan yang mengangkat hak LGBT dan hampir mendominasi tempatnya di negara ini.
Kesemua dakyah kotor politik harus segera dihentikan dan perjuangan mengangkat nasib rakyat masih belum selesai.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/08/28/penduduk-kampung-sungai-baru-mengeluh-pampasan-tidak-setimpal/