KUALA LUMPUR, Ahad – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, akan berkuat kuasa pada pertengahan bulan depan.
“Tuanku baru balik dari Turkiye tiga hari lalu dan baginda juga ada bertanya dengan saya berhubung RUU itu. Kita sudah persembahkannya. Jadi berilah masa dalam seminggu ini kepada baginda untuk meneliti RUU berkenaan”
DATUK SERI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR/ Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, akan berkuat kuasa pada pertengahan bulan depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan dengan yakin bahawa RUU berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti akan berkuatkuasa pada minggu kedua September ini.
Justeru, memetik Berita Harian beliau berkeyakinan RUU berkenaan akan dikuatkuasakan pada minggu kedua September ini.
Wan Junaidi berkata beliau turut mempersembahkan RUU larangan lompat parti ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saat baginda pulang daripada Turkiye.
Baginda memerlukan masa dalam seminggu untuk meneliti semula RUU berkenaan dengan lebih mendalam.
Tambahnya sekiranya terdapat perkara yang perlu diperjelaskan perihal RUU berkenaan, Baginda akan memanggil peguam negara untuk penjelasan lanjut.
Wan Junaidi memberitahu media, ketika menghadiri Program Kenduri Rakyat di Kampung Bako hilir, Kuching Sarawak pada Ahad.
Pada Julai lalu, Dewan Rakyat melakar sejarah apabila RUU larangan lompat parti ini diluluskan dengan mengaut sokongan majoriti lebih dua per tiga.
RUU ini juga digubal berdasarkan lapan parameter utama yang diluluskan oleh kutipan undi setelah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/