KUALA LUMPUR, Ahad – Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur berbangkit lagi sebaik selesai sesi pendengaran kali kedua oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru Puan Lele Suzana Kudari, pihak pemaju bersikap kurang ajar dan biadap dengan mengeluarkan kenyataan kepada pemilik dengan menawarkan pampasan tidak setimpal ketika sesi pendengaran baru-baru ini.
“Untuk makluman, ketika sesi hearing berlalu baru-2 ini, pemaju agak kurang ajar dan biadap. Ini kerana mereka telah mengeluarkan kenyataan kepada pemilik-2 teres yang ketika itu berasa sedih dan dukacita apabila pampasan yang diterima tidak setimpal. Pemaju juga meminta pemilik untuk keluar daripada rumah pada 31 Oktober. Saya rasa itu tidak munasabah kerana rumah itu masih milik kami, walaupun hearing telah diterima tapi kami belum terima apa-apa pampasan. Pemaju kena ingat bahawa kami telah tinggal disini lebih dari 50 tahun ”
LELE SUZANA KUDARI / Pengerusi AJK Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Sungai Baru
Tambah Lele, pihaknya pernah merujuk perkara ini kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, tetapi malangnya tiada respon dan khabar daripada Ahli Parlimen berkenaan.
Lele juga mengeluh dan dukacita kerana dakwa Lele, beliau (Ahli Parlimen Titiwangsa) tidak bersama-sama membantu mereka dalam isu ini.
“ Kami pernah merujuk perkara ini dengan Ahli Parlimen Titiwangsa, ada lah pada awal dulu bulan 12 kita berjumpa tapi malangnya beliau selalu hantar wakil sahaja, dan lebih malang beliau tidak turun bersama kami. Last jumpa pada akhir 2021 sehingga kini tiada. Kami hantar surat tiada respon, kita ada bertanyakan tapi tiada khabar, kami sangat dukacita. Pada PRU lepas beliau sendiri turun dan berjumpa kami menabur janji kata boleh bantu jika beliau menang PRU. Tetapi bila kami dilanda masalah beliau hilang entah kemana tanpa khabar berita.”
LELE SUZANA KUDARI / Pengerusi AJK Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Sungai Baru
Bagi Pengerusi MUDA Wilayah Persekutuan Taufik Zarak berkata, tindakan yang dilakukan oleh pihak pemaju sememangnya menindas, dan mereka seharusnya akur kepada permintaaan penduduk dengan memberikan pampasan sewajarnya daripada jumlah yang ditawarkan.
“ Kes ini telah berlangsung terlalu lama, mereka telah berjumpa dengan ahli-ahli kerajaan, Menteri Wilayah, Pejabat Tanah, cara mereka pergi dan saluran mereka sudah betul. Tetapi suara mereka masih lagi tidak didengari, kadar pampasan yang mereka minta pun masih lagi rendah dan ini merupakan satu penindasan bagi mereka. Jadi saya bersama dengan rakan-rakan dengan penduduk Kampung Sungai Baru bersolidariti untuk mereka menyatakan ketidakpuasan hati hari ini supaya suara mereka didengaari lebih lagi. Sewajarnya pampasan itu diberikan lebih dari yang ditawarkan, ini bukan tanah MAS (Malay Agricultural Settlement) tapi ini tanah komersial, so mereka berhak diberikan harga yang sewajarnya.. ”
TAUFIK ZARAK / Pengerusi MUDA Wilayah Persekutuan
Sebelum ini, 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.
Maklumat yang diperoleh dari pihak PTG hanya menawarkan pampasan sekitar RM500 sekaki persegi kepada pemilik tanah.
Difahamkan pendengaran kali kedua adalah penamat kepada proses pengambilan tanah dan selepas ini hanya Menteri yang mempunyai kuasa untuk menerus atau membatalkan pengambilan tanah dengan harga yang telah ditawarkan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/