LAHAD DATU, Ahad – Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi sah – menyertai Parti Bangsa Malaysia dan bertindak meninggalkan Bersatu.
Mohamadin dikatakan rancak melompat parti kerana sebelum itu, beliau pernah melompat parti dari Warisan dan menyertai BERSATU pada September lalu.
Pengumuman keluarnya MP Lahad Datu itu dibuat pada sidang media khas pada Ahad, yang diiringi oleh Presiden PBM serta Ahli Parlimen Julau Larry Sng.
“Hari ini saya ingin mengumumkan, secara rasmi bahawasanya saya ini dan juga rakan-rakan daripada lahad datu menyertai Parti Bangsa Malaysia atau pada pendeknya PBM “
MOHAMADDIN KETAPI / AHLI PARLIMEN LAHAD DATU
Difahamkan, Mohamaddin memilih untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana parti itu dilihat memperjuangkan hak-hak autonomi warga Borneo.
“Setelah menilai dan meneliti perlembagaan parti yang menjadi teras penubuhannya, iaitu memperjuangkan perlaksanaan hak-hak dan autonomi Wilayah Borneo seperti yang termaktub di dalam perjanjian Malaysia MA63”
MOHAMADDIN KETAPI / AHLI PARLIMEN LAHAD DATU
Penyertaan Mohamadin ke dalam PBM dialu-alukan Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad.
Ketika ditanya adakah beliau akan bertanding pada PRU15, katanya perkara itu akan diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan PBM.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/