BANGI, Rabu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, kes Datuk Seri Najib Razak yang diputuskan kekal dengan sabitan hukuman penjara semalam bukan hanya menjadi pengukur kepada kredibiliti mahkamah.
Sebaliknya kredibiliti pihak menteri, ahli politik dan badan penguatkuasa dan lain lain di negara ini termasuk institusi Islam – yang kini masih penuh dengan tanda soal juga perlu dikembalikan supaya keyakinan rakyat dipertingkatkan terhadap sistem di negara ini .
Menurut Fauzi, beliau apapun keputusan yang telah dicapai dalam kes Datuk Seri Najib, telah memperlihatkan kredibiliti mahkamah di negara ini.
Namun kepercayaan rakyat juga harus dikembalikan terhadap kredibiliti lain lain badan yang banyak membabitkan kes kes rasuah di negara ini .
“Saya sebagai warga yang tidak mempunyai pengetahuan terperinci berkenaan kes, cuma mampu menyerahkan semua ini kepada kebijaksanaan para hakim pastinya. Untuk memberikan ulasan dirasakan tidak sesuai. Kredibiliti sistem kehakiman negara pernah menjadi isu yang dibincangkan sebelum ini. Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara sudah tentu rakyat menunggu apakah pula yang akan berlaku kepada senarai kes-kes rasuah dan lain-lain yang banyak itu.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni / Presiden ISMA
Katanya dalam hantaran di facebook, apa jua keputusan, suatu yang pasti adalah keadilan di dalam kes SRC masih lagi mempunyai teka-teki yang besar dengan ramai lagi nama lain yang masih disyaki terlibat dan belum dibawa ke muka pengadilan.
Tambahnya, sebagai warganegara yang tidak mempunyai pengetahuan terperinci mengenai kes itu, beliau hanya menyerahkan kepada kebijaksanaan para hakim.
Dan pastinya selepas ini rakyat menunggu lain kes-kes rasuah lain yang sedang diadili .
“Tetapi lebih mencabar lagi adalah kredibiliti badan lain juga sebenarnya perlu untuk dikembalikan. Kes ini dan kes-kes seumpamanya bukan hanya menjadi pengukur kepada kredibiliti badan kehakiman, tetapi juga kredibiliti menteri-menteri dan ahli politik. Begitulah juga dengan badan-badan penguatkuasa di peringkat pusat atau negeri. Bahkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi Islam dalam negara juga suatu yang boleh diperdebatkan sekali.’’
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni / Presiden ISMA
Sehubungan itu katanya sekiranya tiada langkah sungguh-sungguh untuk menyemai semula kepercayaan dalam diri rakyat kepada semua badan itu, negara mungkin akan berdepan dengan keadaan yang lebih sukar.
Tambahnya perjalanan untuk membina negara maju kuat dan berdaulat masih panjang dan berharap ada pihak tidak terlalu berseronok dan juga berduka atas catatan sejarah daripada kes semalam.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/