KUALA LUMPUR, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kehilangan status sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, jika tiada sebarang prosedur mahkamah atau Pengampunan Diraja diterima dalam tempoh berkenaan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 ribu ringgit serta dia mendapat pengampunan bebas.
“..Sekarang sudah tiada lagi rayuan kerana hukuman diputuskan di Mahkamah Persekutuan, namun Perkara 48(4)(b) juga ada menyebut jika ada apa-apa prosiding mahkamah lain, maka kedudukan Najib kekal sehingga prosiding itu selesai. Saya perlu meneliti dahulu sama ada prosiding itu termasuk semakan, kerana proses semakan ini ada dalam tatacara mahkamah. Jika termasuk dan Najib memfailkan semakan itu dalam 14 hari, maka kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal sehingga prosiding semakan tamat..”
TAN SRI AZHAR AZIZAN HARUN / Yang Dipertua Dewan Rakyat
Menurut Azhar, Datuk Seri Najib Razak mempunyai pilihan untuk memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadapnya.
Tambah Azhar, perkara 48 juga memperuntukkan jika dalam 14 hari terdapat permohonan untuk pengampunan diraja, maka kedudukannya kekal sehingga proses pengampunan selesai.
Memetik Berita Harian, Speaker Dewan Rakyat itu masih lagi menunggu perintah rasmi yang diwartakan berhubung status kerusi parlimen Pekan yang disandang oleh Najib.
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dipilih menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak tahun 1976.
Beliau bertanding di kerusi itu berikutan kematian bapanya Allahyarham Abdul Razak Hussein, yang merupakan Perdana Menteri Kedua.
Spekulasi mengenai pengampunan untuk Najib telah tersebar sejak kesnya bermula.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/08/02/geg-perlu-sokongan-wakil-rakyat-demi-selamatkan-dua-juta-nyawa/