KUALA LUMPUR, Rabu – Hasil sumbangan orang ramai dari dalam dan luar negara kepada pasangan didakwa menghina Islam mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam.
Yang Di-Pertua BERJASA Larut, Zulkifli Yahya mempersoalkan pihak yang menyokong pasangan berkenaan dan berkemungkinan ia bakal menimbulkan sesuatu yang tidak harmoni dalam negara.
Memetik Ismaweb beliau menegaskan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan Nabi tidak akan menyokong mereka yang mempersenda Islam dan menghina Rasulullah SAW.
“Namun tiba-tiba ada sokongan dan dukungan antarabangsa. Sangat luar biasa. Pihak berkuasa perlu segera menyiasat perkara ini,”
ZULKIFLI YAHYA / Yang Di-Pertua (YDP) BERJASA Larut
Sehubungan itu, Zulkifli menggesa pihak berkuasa menyiasat siapakah pihak yang menyokong pasangan menghina Islam itu.
Terdahulu, Siti Nuramira Abdullah dan V Alexander Navin selesai membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 setiap seorang.
Ia selepas kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) berjaya mengumpul RM40,000 untuk ikat jamin pasangan itu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.
Manakala Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 September untuk sebutan semula kes.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/19/nuramira-akan-didakwa-di-mahkamah-tinggi-syariah-esok/