KUALA LUMPUR, Rabu – Sidang Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila Ahli parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menggelar sebahagian ahli Parlimen wanita DAP berperangai tidak senonoh dan bermulut jahat.
Dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual di Dewan Rakyat, Tajuddin mencelah ketika ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berbahas dan membidas dakwaan ahli Perlimen Kulai Teo Nie Ching bahawa beliau sering membuat kenyataan berbaur seksis kepada Ahli Parlimen wanita.
“You dont know how we treat wanita, you dont laugh, you can ask tanya wanita umno mcm mna, yang masalahnya wanita DAP perangai tak senonoh mulut cabul”
DATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak
Tuduhan itu mencetuskan kegawatan apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit memohon Ahli Parlimen Pasir Salak itu menarik balik kenyataan dan memohon maaf.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudiannya memberi amaran kepada Tajuddin supaya tidak mengulangi kenyataannya itu dan meminta ahli Parlimen yang tidak berpuas hati supaya membuat usul.
Semalam, ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual, teo Nie Ching mendakwa sekurang-kurangnya ada tiga Ahli Parlimen iaitu Kinabatangan, Pasir Salak dan Baling sering membuat kenyataan berbaur seksis kepada wakil rakyat wanita dalam Dewan Rakyat.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/21/siti-nuramira-dibebaskan-dengan-jaminan-jawi/