PUTRAJAYA, Rabu – Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada sidang parlimen akan datang pada 27 dan 28 Julai ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan sama ada RUU itu dibenarkan untuk dibahas atau tidak tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Wan Junaidi berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas RUU itu mencadangkan sesi libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara bersama Ahli Dewan Rakyat Kerajaan diadakan pada 25 Julai 2022.
Manakala libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang akan berlangsung pada 26 Julai 2022.
Mesyuarat mencadangkan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara diadakan pada 8 Ogos 2022 dan bacaan kali pertama di Dewan Negara adalah pada 9 Ogos 2022 diikuti bacaan kedua pada 10 Ogos 2022.
Dalam kenyataannya, setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, RUU itu akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan untuk diperkenankan.
Pewartaan itu bakal dibuat diantara 29 Ogos hingga 2 September tahun ini.
“Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang tersebut akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan di antara 11 hingga 26 Ogos 2022 untuk diperkenankan.
DATUK SERI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR / Menteri Parlimen dan Undang-Undang
Tambahnya, mesyuarat berjaya memuktamadkan draf RUU itu dan meneliti draf penyata yang bakal dibentangkan untuk dijadikan rujukan di persidangan Parlimen bermula pada 18 Julai hingga 4 Ogos 2022.
Jelas Wan Junaidi, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun turut memberi penjelasan pindaan itu kepada jemaah menteri dan tiada bantahan dalam kalangan jemaah menteri.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/13/kpdnhep-akan-tarik-lesen-subsidi-pengilang-seludup-minyak-masak/