BANGI, Khamis – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), melancarkan petisyen mendesak Kelab Komedi Crackhouse di Bandar Tun Doktor Ismail (TTDI), ditutup secara mutlak, bukan sementara.
Pengerusi Aminuddin Yahaya berkata, petisyen itu bagi mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menyokong penutupan secara mutlak kelab tersebut.
Beliau berkata, perkara ini bertujuan untuk memberi iktibar kepada mana-mana premis hiburan sebegini agar menjaga batas-batas yang beteraskan nilai-nilai dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Islam, Melayu dan Bumiputera adalah asas penting.
Berikut petisyen yang boleh disertai bagi menandakan bantahan terhadap penghinaan ke atas agama Islam yang berlegar ketika ini.
Terdahulu, Aminuddin dalam kenyataan berasingan meluahkan rasa kecewa dengan video tular wanita menghina Islam apabila membuka pakaian dan tudungnya ketika di pentas komedi.
Tidak terhenti disitu sahaja, netizen terus menerus membongkarkan kegiatan tidak bermoral kelab terbabit apabila pengasas kepada Crackhouse Comedy Club itu seolah menyokong kuat perkara itu.
Ini susulan video yang dimuat naik di TikTok, pemilik akaun bernama Rizal Van Geyzel sedang membuat persembahan komedi berdiri yang kononnya berkongsi pengalaman bersekolah di sekolah kerajaan, mengaitkan pembelajaran pengajian Islam.
Ini termasuk juga tangkap layar hantaran seorang wanita Muslim bertudung dimalukan ketika disuruh membuka minuman keras oleh seorang ‘performer’ di atas pentas.
Sementara itu, petisyen yang dilancarkan oleh Pembela itu turut menggunakan tanda pagar tutup crackhouse comedy dan tanda pagar jangan hina islam.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/14/jangan-biar-aset-negara-digadai-dirampas-pihak-luar-pakar/