Kelab Komedi Tiada Lesen Hiburan

 

KUALA LUMPUR, Rabu – Dalam pada itu, sebuah kelab Komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang dikaitkan dengan wanita menghina Islam ketika melakukan persembahan komedi disahkan tiada lesen hiburan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias mengesahkan perkara itu berkata, kelab terbabit pemilik premis berkenaan hanya diberi lesen operasi restoran dan minuman keras yang diluluskan pada 2018.

“Pemilik kelab memohon lesen hiburan tetapi tidak diluluskan kerana dalam lesen hiburan terdapat beberapa syarat tertentu dikenakan sebagai contoh laporan bomba, syarat aktiviti hiburan yang hendak diadakan, kita tidak boleh beri persetujuan menyeluruh kepada setiap hiburan.’

DATUK SERI JALALUDDIN ALIAS / Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Beliau berkata, penggantungan operasi berkenaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 10 Julai lepas selaras dengan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Menurut beliau, setiap premis yang menjalankan perniagaan restoran dan operasi berbentuk hiburan perlu memiliki dua lesen iaitu lesen restoran dan hiburan.

Jalaluddin berkata, pihak kementerian tidak berkompromi terhadap penyalahgunaan lesen.

Sementara itu, Jalaluddin berkata pihaknya turut menerima laporan berkaitan seorang individu yang didakwa sebagai pemilik premis itu yang mempermainkan serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis tersebut.

Jalaluddin berkata mengikut rekod, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017 bagaimanapun lesen diluluskan pada 2018 dan masih sah sehingga kini iaitu untuk operasi restoran dan minuman keras.

Pada 10 Julai, DBKL menggantung sementara operasi kelab terbabit susulan klip video tular didakwa menghina Islam oleh seorang wanita yang bertindak membuka pakaian dan tudung ketika membuat persembahan komedi.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPDNHEP Akan Tarik Lesen Subsidi Pengilang Seludup Minyak Masak

Next Post

RUU Anti Lompat Parti Dibahas Di Dewan Rakyat

Related Posts